Trend 2011- Modern Green

Menyahut cabaran 2011 dlm trend dekorasi tahun ini amat sungguh mencabar…rata-rata designer perlu memikirkan idea dan konsep yang baru dan lebih segar untuk menampakkan kelainan dlm sentuhan citarasa kepada pelanggan…Ini bagi memastikan Trend tidak ketinggalan zaman dan asyik tertumpu pada design yang kaku dan tidak mengikut arus terkini…Inilah yang amat menyukarkan bagi setiap designer…sebenarnya bukan lah sesukar mana…cuma nak mengopek idea2 yang lain..baru dan lebih segar memerlukan sedikit percubaan yang luar biasa untuk diterapkan sama ada penerimaan pelanggan boleh diterima atau tidak…

Maka saya adalah antara 20 Designer yang berpeluang memberi sedikit idea dan pendapat mengenai trend terkini yang boleh menyegarkan industri dekorasi di Malaysia…Di dalam Majalah Impiana Disember 2010 ada memaparkan idea-idea dari pakar2 dekorasi terkenal di Malaysia…cuma apa yang ingin saya pertengahkan ialah pendapat saya di dalam majalah tersebut….

” MODERN GREEN “

Di atas kesedaran dan tanggungjawab sosial penggiat seni bina, 2011 adalah tahun ‘ modern green”, rekabentuk yang mengambil kira penjimatan penggunaan sumber tenaga yang maksimum dan dekat dengan alam. warna pilihan adalah warna karat rustik semulajadi dan rona coklat gelap sesuai digunakan bagi pelbagai ruang ”

7 tips mudah pencetus MOOD di ruang tamu

Salam ceria buat pengunjung blog anis amir…Diharapkan semua pembaca sudi dan rajin singgah ke blog ini kerana pelbagai inspirasi dekorasi dan tips2 yang ingin saya kongsikan bersama pembaca semua yang berkaitan dengan seni tatahias ruang dalaman…

Kali ini saya ingin berkongsi 7 TIPS MUDAH PENCETUS MOOD di RUANG TAMU…sentuhan dekorasi di ruang tamu seharusnya sentiasa segar, membangkitkan MOOD serta memberikan keselesaan kepada tetamu dan penghuninya. Dengan ini saya mengetengahkan 7 panduan mudah untuk mencetuskan ruang tamu yang COSY dan praktikal…selamat mencuba!!!

1- PENCAHAYAAN
~ Ruang ini boleh ditampilkan dalam mood yang berbeza menerusi aplikasi pencahayaan bersesuaian. Pencahayaan putih ( day light ) misalnya untuk urusan-urusan penting dan rasmi atau teknikal, manakala untuk mood santai pula boleh dijelmakan menggunakan pencahayaan kuning ( warm light ). Sebagai langkah selamat, pasangkan dua jenis lampu pada kediaman. sebagai contoh, lampu siling atau halogen bercahaya putih, makala candelier, lampu meja dan lampu berdiri pula dilengkapi mentol bercahaya kuning. Jika tidak memasang alat pelaras ( dimmer ) anda boleh memilih mentol berkuasa rendah yang memberikan cahaya yang lembut pada ruang tamu.

2. LUKISAN
~ Lukisan atau gambar berbingkai adalah elemen hiasan dinding yang boleh digunakan untuk menimbulkan mood yang tenang. Lukisan pemandangan di terpian pantai misalnya membawa imaginasi sesiapa yang memenadangnya seolah-olah berada di tepi pantai. foto-foto kenangan sewaktu anda masih kecil juga boleh dibingkaikan dan dipamerkan pada dinding dalam pola yang menarik.

3. FABRIK KAYA TEKSTUR
~ gunakan fabrik yang bertekstur seperti baldu, tafetta, jacquard atau sutera untuk sesetengah perkakas kemasan lembut. Sebagai contoh, kusyen pada sofa, langsir atau upholsteri sofa.

4. WARNA
~ Gunakan warna-warna ruang yang mencetuskan mood tenang dan mesra. Warna-warna pastel misalnya sesuai diaplikasikan untuk mengundang mood sebegini.

5. SUSUNAN PERABOT
~ Susunan perabot memainkan peranan penting dalam mencipta raung yang mesra. letakan perabot secara berkelompok membentuk susana yang selesa untuk perbincangan. Sofa hendaklah diletakkan berdekatan antara satu sama lain agar tetamu berasa tidak terasing atau tersisih. Ambil kira trafik agar letakan perabot tidak menganggu lalu lintas keluar masuk ke ruang tamu.

6. AROMA
~ Aspek bau-bauan tidak boleh dipandang ringan dalam mencipta mood yang mengalu-alukan kedatangan tetamu. Cetusan bau-buan yang menyenangkan akan menambah keselesaan dan ketenangan buat tetamu. Nyalakan lilin aroma terapi atau bakar minyaknya menggunakan bekas khas untuk mendapatkan kesan yang optimum. Penyembur wangina berjadual yang kini banyak terdapat di pasaran juga boleh dijadikan pilihan agar suasana sentiasa harum dan segar.

7. BUNYI-BUNYIAN
~ Bunyi-bunyian, walaupun tidak boleh dilihat tetapi masih tetap memainkan peranan penting dalam mencipta mood di ruang tamu. Agar suasana ruang tamu relak, cuba wujudkan water feature kecil di salah satu sudut ruang tamu anda. Bunyi air mengalir ini boleh menjadi terapi yang memberikan kerehatan pada minda. Meamsang kerincing angin juga idea yang baik kerana ia akan emmberikan bunyian tersendiri setiap kali ditiup angin. Muzik jazz dan klasik yang perlahan juga hidangan untuk telinga yang membuai perasaan dan menenangkan.

teruskan ‘stay tune’ bersama saya anis-amir….pakar dekorasi bersama anda!!!

Inspirasi 3D dapur moden

Dapur ini merupakan salah satu contoh konsep moden yang berpotongan ringkas. ia diganbungkan dua warna yang menarik, iaitu satu warna asas dan satu lagi warna yang terang, Menarik perhatian dan berbeza untuk menimbulkan kesan ceria di dalma ruang dapur. Dapur yang mempunyai warna begini semakin digemari oleh pengguna yang mencari keunikan, ringkas dan moden selain mementingkan ciri-ciri praktikal.

Konsep :
MODEN

Pecahan Kos :
Kabinet – RM 8k
Top Granit – RM 5k
Kaunter Pulau – RM 5k

Luas Lantai :
16 ‘ x 18’

Pelan Dapur
Pelan Dapur

 

Klik image untuk mendapatkan paparan lebih jelas
Klik image untuk mendapatkan paparan lebih jelas
Klik image untuk mendapatkan paparan lebih jelas
Klik image untuk mendapatkan paparan lebih jelas

” Aplikasi dapur ini sesuai untuk kediaman yang mempunyai keluasan ruang lantai 300 kaki persegi dan ke atas. ruang untuk pergerakan sekurangnya tiga kaki antara kabinet supaya lebih selesa untuk melakukan pergerakan di ruang tersebut. Kebiasaan ruang lantai seluas ini didapati di rumah semi-D mahupun banglo yang mempunyai saiz dapur yang luas ”

teruskan ‘stay tune’ bersama saya anis-amir….pakar dekorasi bersama anda!!!

Salam Pembukaan

Salam sejahtera….

Alhamdulillah sekian lama merancang utk membuka blog yg ingin berkongsi bersama para pembaca dan peminat-peminat seni hiasan dalaman akhirnya impian tercapai kini…almaklum lah kesibukan sepanjang tahun yang memerlukan komitmen dari segi tugasan dan khidmat sebagai pereka dan konsultasi membuatkan masa itu amat2 mencemburui diri saya untuk menulis dan berkongsi idea-idea dlm bidang yang digemari ramai iaitu seni hiasan dalaman…

untuk entry yg pertama ini…hanyalah sekadar sapaan pengenalan kerana saya masih lagi baru berjinak-jinak di dunia blog…akan mengambil masa sedikit untuk mengumpul bahan-bahan dan koleksi -koleksi tata hias ruang dalaman yang pernah saya buat..ingin sekali saya berkongsi konsep dan tips-tips yang boleh membantu anda semua yang ingin kan idea-idea segar dlm menata hias rumah impian anda…

jadi???jgn berganjak dari terus mengikuti blog saya yea…stay tune!!!Insyaallah akan diupdate dari masa ke masa…akan saya cuba meluangkan waktu bersama anda semua…